Hits Counter

  • Bilangan malaun...


Powered by Friendster Blogs
Member since 04/2005

Al Fatihah..

Kullu nafsin zaa iqatul maut..

"Hang nak pi Russia tu 6 tahun? Tokwan tak tau la sempat tak sempat 6 tahun tu.."

Ayat yg tokwan keluarkan, time aku baru nk fly tahun lepas. Bagaikan satu dejavu, sememangnya aku rasa cam ada betulnya cakap tokwan time tu, cuma aku tak menyangka, ianya begitu cepat berlaku.

Hanaffi Jaafar. Itulah tokwanku. Biasa kami org kedah panggil 'wan' saja. Wan aku pergi secara tiba-tiba. Memang sebelum ini dia ada menghadapi masalah jantung, tapi siapa sangka dia pergi akibat strok. 4 hari lepas aku berkesempatan pulang ke kampung. Dia sihat lagi. Masih boleh bermain-main dgn cicitnya.

"Hang dah makan nasik, Syam?"

Itulah ayatnya terakhir yg aku ingat di pertemuan terakhirku dengan wan aku. Wan aku mmg pendiam. Jarang bercakap.

Sepulangnya aku dari kampung, aku n family terus ke KL untuk menguruskan persiapan terakhir keberangkatanku pulang ke Nizhny. Hari first kami di KL, kami diberitakan wan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah kerana mengalami seizures. Setelah dimasukkan ke ICU, wan di dalam keadaan koma.

Sehari wan koma. Kami sekeluarga mengagak wan akan segera sembuh kembali. Ini bukannya first time wan masuk hospital. Dah banyak kali dah, akibat masalah jantung. Ubat preskripsinya sahaja ada 8 jenis.

Akhirnya pagi hari khamis, satu lagi berita sampai. Wan nazak. Baru kami tengah berkemas2 dan nak menghantar aku ke KLIA, panggilan terakhir diterima - wan dah meninggal. Tengahari khamis, 30 Ogos.

Family aku nak bergegas pulang ke kampung untuk menguruskan pengebumiannya. Cadangnya nak tinggalkan aku kat KLIA dulu, n then baru parents aku pulang ke kampung. Tapi tengahari tersebut terlalu sibuk. Jalan jammed sana sini. Kami sesat jalan berapa kali nak ke KLIA. Waktu tu dah nak dekat 3 petang, maka abah buat keputusan, kalau pi KLIA dulu mmg tak sempat nak patah balik ke AS malam tu.

So aku call MAS, book tiket flight awal pagi 31 Ogos dari Penang ke KLIA. Syukur alhamdulillah, masih ada availability. Terus after that, kami satu family berkejaran pulang ke Alor Star.

Tiba di Alor Star, sudahpun maghrib. Jenazah wan diletakkan di ruang tamu. Kak Siti - kakak saudara aku; sayu membacakan alQuran. Matanya, bengkak - tidak tidur2 lagi sejak wan masuk hospital. Aku lihat jenazahnya di perbaringan. Bersinar, seolah-olah sedang tersenyum. Tiada tanda-tanda keperitan. Mataku bergenang.

Aku bersyukur sangat, kerana dengan kuasaNya yg Maha Agung, aku diberi kesempatan. Kesempatan untuk menguruskan jenazah wan. Dari memandikannya, mengafankan, mengiringinya ke kuburan, menyembahyangkannya, hinggalah ke dalam liang lahad menyambut mayatnya, mengebumikan serta membaca talkin. Alhamdulillah.

I believe that day was the best day for him to go. I couldnt possibly ask for more from Allah. The preparation went well without trouble. That afternoon, the rain pours delicately, softens the soils. Few hours after he left, hundreds of villagers gathered at his house to pay some respect. From what i've heard, he left without any regrets, at all. His will had been passed on clearly. Syukur alhamdulillah.

Dan yang paling aku syukuri sekali, betapa hebatnya perancangan Allah, sehingga diberikan ke atas aku ruang masa yang sedikit namun cukup untuk aku taburkan bakti yg terakhir ke atas arwah tokwan ku. Maha Suci Allah!

Selepas upacara pengebumian, maka ayah aku drive aku ke penang pukul 3 pagi tadi, lalu aku naik flight dari Penang ke KL. Dan dari KLIA, aku skrg on the way kembali ke Nizhny.

Banyak perkara terjadi ke atas diri aku sepanjang cuti ini, namun aku masih tidak punya masa untuk dinukilkan ke dalam blog ini. InshaAllah, akan aku update sedikit sebanyak dari masa ke semasa.

As for my arwah tok wan, aku dengan ini memohon agar kita semua sama-sama membaca alFatihah bagi mengenang kehidupan beliau yg telah berlalu, dan sebagai peringatan kepada kita semua bahawa sesungguhnya tiap-tiap yg hidup pasti akan merasai kematian. Al-Fatihah..

Tribute to Allahyarham Hanaffi bin Jaafar (1929 - 2007). May his souls lies in the love of Allah and be by His side until the day which had been promised, inshaAllah.

                            

Jom berforum!

Salam!
[Post ini adalah untuk mengisi kebuhsanan aku sebelum aku pi jumpa pa'li tghari ni amik deck magic aku..miahaha!]

Aku suke berforum. Ni antara habit aku bila masa aku online di internet. Dalam kehidupan di negara asing ni, availability untuk bersosial amatla terhad. Tambah2 untuk berkongsi pengetahuan n isu2 semasa yg terjadi di tanah air sendiri. So, aku berforum!

Bagi yg tak biasa dgn foruming ni, mesti akan tertanya2 - amende berforum di internet ni? Macam forum perdana hal ehwal islam ke? debat2? gaduh2?

Well, takrifan aku untuk habit internet foruming ni adalah - satu kegiatan sosial di mana kita boleh berkongsi2 pendapat, pandangan hatta bersembang di ruang2 web komuniti.

Tempat yg paling aku suka untuk berforum adalah kat http://forum.jiwang.org - walaupun namanya Jiwang, tapi ni bukan tempat org2 jiwang  saje tau! Banyak jenis org ada kat sini - dari pengurus kontena port klang, programmer, cikgu2 skolah, mahasiswa2 universiti, pelajar ilmu2 hadis, web designer, budak2 sekolah, bini2 org, penyamun, penyagak, ghei (hehe), semua jenis org ada kat sini. Tu pasal aku suka berforum kat sini!

Aku suka berforum sebab dengan berforum, aku dapat melihat sesuatu topik @ isu dari sudut pandangan org lain. Aspek ini penting, terumatanya apabila kita terpaksa membuat sesuatu pilihan, kita takleh rely solely on pandangan kita semata2! Begitu juga dengan topik2 lain. Kita mungkin fikir sesuatu topik tu positif, tapi dengan berforum, kita turut boleh mengetahui pandangan yg sebaliknya!

Satu lagi tempat yg aku suka berforum adalah kat forum Friendster nih (groups). Ada 2,3 groups yg aku join, antaranya Usrah Online, Medical Students dll. Seronoknya sembang kat forum friendster ni bila ramai2 org yg gather mempunyai satu persamaan. Sebagai contoh, group Medical Students - kebanyakannya terdiri dari students medic - so boleh sembang macam2 perkara berkaitan medic yg out of common knowledge. Begitu juga group Usrah Online, jiwa ini rasa bersemangat apabila berkumpul dengan banyak jiwa2 lain yg ingin ditarbiyyah dan berhasrat untuk mentarbiyyah!

Kelemahan groups kat friendster ni adalah - kebanyakan moderatornya seolah2 tak wujud di dunia ni. Hehe. Perbincangan dibiarkan berlayar tanpa tujuan, dihambur ombak, bagai lalang diliuk mengikut hembusan angin si peniupnya. Begitu juga apabila perbincangan menjadi out of control apabila user2 masing2 dipengaruhi emosi dan saling keji mengeji antara satu sama lain - akhirnya menjadi pergaduhan maya. Bukan best gaduh2 kat internet ni, it's like you're participating in Paralympic - although you win, you're still retarded.

Sebagai contoh dalam satu perbincangan di group Medical Students, cukup hangat apabila timbul situasi keji mengeji dan saling tak puas hati antara satu sama lain (certain2 users). Yang aku kecewa tu, sudah mencarut2 mengeji2, last2 sebut nama ALLAH kat last. Mereka dikuasai syaitan apabila marah, tapi masih lagi cuba menegakkan nama Allah dalam keadaan itu! Kalau ye pun tak malu kat user2 lain, malulah dengan Allah! Kecewa betul apabila komuniti yg terdiri dari para professional (bakal2 doktor) gaduh2, mencarut2 seolah2 barbarian yg tercekik tulang ikan!

Nasihat aku kepada korg yg nk gaduh2 tu - korg nak gaduh pun, pastikan jangan babitkan org lain secara total. Jangan bawak imej korg yg buruk tu kat org lain lak. Maksud 'babitkan org lain' tu termasuklah bila korg gaduh, org kata "tgk ada 2 budak melayu gaduh" - tu dah kaitkan org lain tu, org melayu!

Sama cam org lain yg nak buat dosa. Termasuklah pompuan2 yg tak pakai tudung tanpa sebab2 syari'e, pakcik2 yg pi beli judi tanpa sebab2 syari'e, member2 yg berkapel tanpa sebab2 syari'e, aku nasihatkan korg jgn babitkan org lain dalam perbuatan korang tu. Pendek kata, JANGAN JADI ISLAM! or even better, JANGAN JADI ORANG! Korg tak terasa, tapi aku pernah malu nak jawab bila ada member non-muslim aku tanya : kenapa ada perempuan Islam yg pakai tudung, ada yang tak pakai tudung? Kenapa ada perempuan Islam pakai tudung, berkepit2 dengan boyfriend? Kenapa itu Haji baru balik aja sudah singgah itu 4D?

Korg tak menjawab, tapi org Islam lain - org Melayu lain -  manusia lain yg terkena tempiasnya! Selfish n parasit betul la korg2 ni, sendiri busuk lagi nak busukkan org lain.

Camtu jugak setengah2 org yg kata - ala, diorg pun camtu gak. Bila kita tegur org tak pakai tudung, dia kata "ala, artis pun camtu gak". Bila kita tegur konsert jomheboh tu haram, org jawab "ala, kerajaan yg anjurkan, diorg la yg tanggung". Bila aku sound camni, ade je org kata "ala kid, ko tu cam bagus je nak sound2 org. diri sendiri pun tak tentu masuk syurga"

Well, sedar la sikit, yg nak judge diri kita ni bukan org lain. Bukan diri aku. Bukan pandangan masyarakat. Bila ko tak pakai tudung, bukan ustaz ko yg bagi ko pahala/dosa. Semua kuasa milik Allah! Malu la dengan Allah!

==========================================================
(Sori2, emo lak...dah tu tersasar jauh dari topik asal lak tu. Hehe)

Well, kembali kepada topik asal - foruming. Ni antara point n nasihat aku kepada korg yg nk berforum

1. Stay neutral. Berforum bukan berdebat, it's not about winning or losing. It's about sharing opinions among each other. Don't get mad if ur opinion is unacceptable by others.

2. Don't provoke others' argumentation. Respect each other, and others shall expect u.

3. For foruming about fiqh Islam, dun take everything that is spoonfed to you. Pastikan semua kenyataan @ fatwa adalah berdalilkan alQuran dan Sunnah. Jgn terlalu taksub dengan khilafiyyah.

4. As for foruming about aqeedah, jgn terima (langsung) apa yg dibincangkan, atau dlm kata lain, jgn berdebat. Just express ur opinion, in such a manner way. Perlu diingatkan dalam belajar bab2 akidah, hadis 1/40 Nawawi kena apply - tengok tatacara Jibril 'menuntut' ilmu akidah dari Rasulullah - penuh adab dan tertib. Sedangkan kita manusia biasa di sisi Allah, apakah layak kita untuk mendapatkan ilmu aqidah hanya dari pembacaan (lebih2 lagi di internet) ? So, kalau nk belajar aqidah, cari la cikgu..

5. Kalau nak gaduh2 atau tak puas hati dgn certain2 user, jgn kacau org lain. Bergaduh secara private (emel, chatting sesama sendiri). Korg 'mati' pun tak busuk.

6. Follow the rules. Kalau cam korg nak berforum kat forum.jiwang.org, maka ikutla rules n regulation yg ditetapkan admin. Rules are meant to be followed. Kalau takleh terima, pi buat forum sendiri. Miahaha.

Sekian, salam!


This month's planning!

Salam!

Updating this blog from the comfort of my own room in Pengkalan Hulu, Perak! Hehe.

Well, lotsa things to be done during this holiday. Huh, i'll just list them here.

====================================================================================

Minggu 1 (9-15th July)
Minggu ni tak banyak mende best. Spending 2,3 hari melantak sepuas2nya masakan kat umah (tgh kenyang makan ketam masak lemak..hehe). InshaAllah esok planning to balik umah kat Padang Besar, lepak kat sana sehari dua, pastu continue balik umah kat Alor Star lak. Pi kampung, jumpa sanak saudara, sembang2. N then, by weekend (jumaat kot), pi KL balik. Jumpa MARA kat pejabat dia, hantar result. Pastu jumpa Miss Roline kat Russian Resorce, nak kena mintak dia tlg endorsekan sijil INTEC dari Russian Embassy. Dalam pada tu, nak kena pi INTEC jumpa bakal2 junior (hoho), bagi presentation sket pasal life kat Nizhny. Hehe.

Minggu 2 (16-23nd July)
Sekembalinya dari KL, rehat kat umah 2,3 hari je, pastu turun ke Kulim kejap. Ada kena tolong junior2 kat MRSM PDRM buat research diorang, n nk buat presentation skali. Pi jumpa cikgu2, kawan2 lama. Sapa2 member aku yg nak pi skali minggu ni? Jom!!

Minggu 3 (24-31July)
Minggu ni sempat rilek sekejap je, pastu nak kena pi Kota Bharu untuk conference Islamic Medical Symposium. Spend 2,3 hari jap kat KB, pastu maybe sambung terus dengan program tarbiyyah kat sana lagi 2,3 hari kot. Tak tentu lagi, depends on perancangan akan datang.

Minggu 4 (1-8th August)
Balik dr KB, lepak kat umah sehari dua. Pastu nak kena turun KL balik. Nak singgah kat PC Fair, cari HDD ngan laptop cooler baru. N then pi HKL cari buku medic 2,3 bijik, n then doing some shopping there (gosh, my shoes really need replacements!)

Minggu 5 (9-16th August)
Currently no planning - stay sambut besday kat umah jela kot. Hehe.

Minggu 6 (17-24th August)
Kena travel jauh ke Johor Bharu, untuk program Sunathon anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia. Dari johor bharu akan travel sampai ke Endau, n then lepaking kat Tioman sampai 23hb. Quite a holiday, i'll say.

Minggu 7 (25-31st August)
Final week, rehat2 kat umah, makan semakan makannya. N finally, 31st august, flight balik ke Nizhny Novgorod!

===================================================================================

So, my friends, THIS is my planner! As you may have noticed, it's not that i'm spending my days here on my own in my home. Quoting from Grey's Anatomy, "We are medical students! Time is one of things that we don't own for ourselves!"

Recently ada ar 2,3 org member komplain - aku dah makin sumbunk skrg, kerek, jual mahal etc etc. Hello~ i barely even have spare times to my own family! Tambah2 time dkt2 exam haritu. Please note that if you're going to be friends with med.students, bear in mind that you are the very least they thinkin' about it their mind! (i mean it). There's a lot more that running in my mind. Did i forget to mention in my planner that i have to study for Histology during this holiday, as there will be a test in the first week of September? Ah, i also forget to mention that i have to travel to Gerik to take my 'repairing' handphone. And to go to Penang to claim the laptop purchasement receipt, before going to KL and claim it from MARA. Not to forget my cousins' wedding. And going to Baling to take my parcel from Pa'li. And usrah gathering with Ustaz Fawwaz.  Gimme some break, will ya all?

Here are some notes to my friends:

  • I have 3 handphones - use the technology if you're dying missing me. Dont bother ym'ing me, because internet connection in my place is damn suck that i have to go online using web messenger.

  • I bought quite a large plastic bag filled with Russian souvenirs. The rules goes "First come first serve" and "Ladies first" (hehe). So, based on my planner, whoever wanna meet me (in KB, or KL, or INTEC, or Johor - date according to the timetable above) just gimme a ring. :)

  •           Feel free to contact me via +60194089562. See ya!
                     

ps : pardon for the harsh words. no hard feeling, k?

Aku dan kamu!

Assalamualaikum
May the blessing of Allah begins this post..

It's been such a long time i didnt wrote any of my post in english. Thus, pardon me wif my english competency, ok? I know it's rusty and full of dust, but i'll try my best this one. Hehe.

My life is getting busier nowadays. A lot hell busier. Take last week, for example. Last monday got the Final Exam on Clinical Terminology, and tuesday i got russian language test, wednesday supposedly had Genetic on Biology but it was cancelled at the last minutes, and friday got the Anatomy Digestive System test...huhu...

It's less than a month for my exam to begin, am scheduled for the first exam, Medical Physics on 16th June. Followed by biology, latin and finally chemistry, 28th of jun.

Here is my updated flight plan. I will take a plane here from Nizhny to Moscow by Siberian Air (S7) 9pm 5th July. Then wait there at the Domodevo Airport, before boarding for my next plane on 2.25am, going to Doha. Scheduled to arrive there at 6.30am doha, i will transit there for almost 14 hours.... n then my plane going to KLIA is scheduled at 20.30, and will be arriving at KL 9.10am 7th july....yay~!!

Got so many plans to work out this holiday. Gotta spend few days on the official Sunathon handled by IMAM (Islamic Medical Associations of Malaysia) which will be a series of tours starting from Johor Bharu @ Kluang, ending in Tioman, and also being one of the committee of the IMAM-RSC (Russia Students Chapter) Symposium, i have to spend several days at Kota Bharu. Huhu.

And also, have to spare my time to visit maktab, as well as Intec too. Apart from all these, gotta spend it with my family, though~ haha.

====================================================================================

I miss my life before. My life in mrsm. I miss everyone's there. Just now i've added one really important person in my friends list, and the memories of mrsm kept reminiscing themselves as i glanced through her profile. Huhu. A lot of things happen in mrsm, things that eventually shaping and molding me to the current Mohd Syamirulah Rahim.

I miss my friends. We had a group, in which we called each other by names of characters from the anime Naruto. Me for instance, was called  Nara Shikamaru. And there it goes, Due as the pervert Jiraiya, not to forget wandie the cool Shino . And also my roomate Jimie who kept insist that he is Kabuto (though quite a distinctive difference, hehe, no offense jimie. X-P). Adib as Choji is understandable. And the childish Pa'li as Konohamaru, paired with cute Hajar as  Hinata. Yeah, we even got girls to on our 'Naruto Team'. And only several of us know why Ros was called Tsunade...hoho..(shhh~!!). Missing the old days where we were planning to came on Spm result's day by wearing the costumes according to our character. Ahaks~ that was a very good old memories...

I miss my juniors. The Biro Kebudayaan team was unresistable. I received a lot of complaints, involving me choosing many girls juniors to be part of our team. Our team is about 13 people, and most of them (8 if am not mistaken) were girls of form 3 arrazi back then, yeah. Lot's of people complaining that i'm some sort of pervert etc etc...but the funny thing is, I'd never receive any complaints regarding our job performance~! Despite of having lots of girls in our team, we actually run Biro Kebudayaan very well! Well, cooperating with those girls were easy, though.. they did their job perfectly well.

                               

Regarding to this post's title, Aku dan Kamu. Yea, 'kamu', one of my juniors. Miss her very much, though. Added her recently to my friendster friends list...and *huh* she changed a lot. Too bad i couldn't save her. I was really hoping that i could save her. She was a good girl, and she deserves better. So that she could be a better muslimah. Well, it seems that she had chosen her path, what else can i do! 24:26. O Allah, lighten her the path, the path towards You. She might not be a pure muslimah by Your side, but at least she wouldn't do anything against Your commands..

Well..miss u a lot, my sis. I'll pray Allah for your guidance.

Aku dan ibuku..

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved

Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved

All the nights
And all the times
That you cared for me

But I never realized it
And now it’s too late
Forgive me

Now I’m alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother I’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother I’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi

Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika

Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini

Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘Afwaki ummi
Samihini...

Dsc00108

             
   
             

Saya tak berapa biasa bercakap mengenai ibu saya. 5 tahun yg penting dalam peringkat keremajaan saya dihabiskan di MRSM PDRM, sekaligus meninggalkan satu kesan yg agak mendalam pada diri saya.

10 tahun yang lepas, adik perempuan saya dilahirkan. Adik beradik saya semuanya lelaki ketika itu, maka kehadiran adik perempuan memanglah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh ibu bapa saya. Sebagai anak bongsu ketika itu, saya menempuh satu konflik yang amat ketara dalam pembentukan diri saya.

Ah, terkenangkan waktu dulu, segan pula saya nak cerita. =)
Biasalah kan, adik bongsu ketika itu, menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga. Pada peringkat awalnya, memang saya cukup gembira! Malah saya turut diberi peluang dalam proses penamaan adik saya itu - dengan menambahkan prefiks "Siti Nur". Hehe.

Tapi keseronokannya hanyalah sekejap. Tak lama lepas tu, naluri keanak-anakan saya tercabar, lebih-lebih lagi apabila merasakan ibubapa saya lebih menumpukan perhatian kat adik baru saya. Anak perempuan tunggal, bungsu lak tu - saya tak tahulah sama ada normal atau tidak tetapi saya berpendapat adik saya itu bagaikan terlalu dimanja - perhatian yang selama ini diberikan kepada saya.

Era awal pemberontakan zaman kanak-kanak saya amat pahit. Saya lakukan macam2 untuk dapatkan kembali perhatian dari ibubapa saya. Sama ada secara baik, atau 'nakal'. Saya study betul2, hinggakan sepanjang pengajian sekolah rendah saya, saya tak pernah dapat tempat lain selain pertama dalam peperiksaan akhir! (Kecuali final semester darjah 2 - tempat ketiga). Saya begitu desperate nak dapatkan kembali perhatian dari ibu bapa saya, macam2 saya lakukan (tak perlulah saya ceritakan semuanya..hehe).

Tapi semuanya tak berjaya. Ternyata kehadiran adik baru telah membuatkan diri saya seolah-olah tenggelam, diselubungi kabut. Sungguhpun saya cuba macam2 - jadi ketua pengawas, masuk pertandingan elocution, jd tokoh pelajar etc. Tapi saya tetap tak dapat menandingi adik saya ketika itu - yang baru berumur 4 tahun! Selalu apabila saya berkelahi dengan adik saya, ternyata mak saya tetap akan memenangkan dia. "Abg kenalah mengalah ngan adik". Satu peraturan yang telah ditanam secara halus dalam diri saya yang masih kecil itu. "Kalau hang nk sgt berkeli ngan orang, pi duk lam hutan tu. Duk sorang2, takdak org nak kacau hang!" - Ayat ibu saya ketika saya berkelahi dengan adik saya. Alat permainan saya dirampas, untuk diberikan kepada adik saya. Masih terpahat dalam ingatan saya bagaimana satu permainan video saya telah sengaja dihempaskan ke lantai sehingga pecah - hanya kerana saya tak mahu berkongsi dengan adik saya. Jiwa kecil saya yang rapuh ketika itu benar2 dirundum kesedihan.

Sehinggalah apabila kecemerlangan saya dalam UPSR, membuka peluang saya ke MRSM. Hati kecil saya ketika itu merintih, "Mak ngan abah dah ada adik, so aku blah dari rumah ni pun tak apa". Hehe..sungguh pelik saya ketika kecil dulu. And honestly, that's the reason i went to MRSM - to get out of the house.

MRSM yg saya dapat terletak di Kedah, sedangkan family saya ketika itu di Kelantan, (kemudian terengganu dan sabah). Maka setiap kali pulang bermalam, saya akan pulang ke kampung halaman saya di Alor Star. Sepanjang 5 tahun  saya hanya bertemu dengan family saya cuma setahun 2 kali - ketika cuti semester. Satu tempoh yang cukup singkat!

Dan di MRSM juga, semangat saya tetap berkobar2. Saya teruskan study, dan study, untuk membuktikan diri saya. Dan akhirnya pengorbanan saya tercapai.

Pada hari graduasi Tingkatan  5 MRSM PDRM, pertama kali saya melihat air mata ibu saya mengalir  untuk saya ketika saya dianugerahkan pelajar terbaik keseluruhan. Dan saat itu saya sedar, saya tak perlu bersaing dengan adik saya untuk merebut kasih sayang. Saya tak perlu cemburu sekiranya adik saya mendapat lebih banyak perhatian.

Saya hanya perlu menjalankan tanggungjawab saya terhadap ibubapa, tak kira walau dalam apa jua keadaan. Dan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membuatkan mereka gembira.

                     

Dan kini, saya amat berterima kasih dengan keluarga saya. Ibu saya - terus terang saya cakap, saya jarang mengucapkan bahwa saya sayang padanya. Saya tak ingat dah bila kali terakhir saya luahkan bahawa saya sayang kepadanya! Hakikatnya, ya, saya sangat sayang kepadanya! Dia mungkin sekadar seorang kerani yang dah 15 tahun tak naik pangkat di balai polis biasa, namun kasih sayangnya kepada keluarga (baca: kepada saya) sudah cukup untuk membuktikan bahawa dialah ibu saya!

Kalau tidak kerana ibu saya, mustahil saya dapat berada di perantauan ni. Saya pernah bermimpi, saya melihat ibu saya mendoakan kesejahteraan saya selepas solat. Walaupun sekadar permainan tidur, tapi saya percaya, bahawa doa ibu sayalah yang telah menjadikan diri saya sekarang ni. Dan saya amat berterima kasih.

Khas buat ibu saya (walaupun saya tahu, dia buta IT dan tak mungkin membaca blog ini)
Selamat hari ibu!

Fi qalbi, fi hulumi

Anti ma’i ya ummi

               

‘Afwaki ummi

Samihini...

HapPy aNniverSary~!!

Assalamualaikum..

[ PART 1 -  HOW TO SAY NO? ]

Baru2 ni aku perasan yang aku ni susah nak cakap tidak. Ye ke? Kenape ek?

       
Aku suka sgt tolong orang. Betul, tak tipu. Pada pendapat aku apa salahnya tolong orang, inshaAllah satu hari nanti Allah balas balik pertolongan kita di saat kita memerlukan. Aku pun suka ajar something kat orang. Sebab Rasulullah ada bersabda, sesungguhnya bagi setiap yang mati itu adalah terputus segala amalannya kecuali 3, dan salah satu antaranya adalah "Ilmu yang dimanfaatkan" (Sunan At-Tirmizi:1297). So memang aku tak kisah ajar2 orang ni, lgpun bukannya aku lose something..

            
Tapi habit 'positif' aku ni jadi masalah bila aku tak reti lak nak kata tidak kepada orang. Especially orang yang aku respek, orang yang bermakna dalam hidup aku, etc etc. Dah berapa kali dah jadi kat aku, bila seseorang yg aku respek dtg minta pertolongan aku, walaupun aku tak mampu, tapi aku setuju gak. Ntah apesalla gatal sangat mulut aku ni kata setuju. Heheh

      
Tu satu jenis kategori manusia. Ada sejenis kategori orang2 di sekeliling aku ni, yang aku tak suka tolong. 2 jenis sebenarnya. Pertama - orang yang aku tahu dia boleh buat benda tu sendiri. Contoh - ada orang tu minta aku tolong buatkan homework. Hello~ homework semua orang boleh (read=kena) buat sendiri! Lagi mau minta tolong aku~!! Orang camni yg buatkan aku jadi tertekan. Aku tak tahu camne nak menolak permintaan orang, last-last aku setuju gak walhal dalam hati aku duk tensen2. Huh~

            
Satu jenis lagi manusia yang aku tak suka tolong - orang yang tak reti menghargai. Aku dah banyak jumpa org jenis ni...dah muak dah. Huhu. Kekadang tu sampai merayu2 minta tolong itu ini, last2 bila aku dah tolong, dia lesap! Well, maybe certain2 org ada cara dia sendiri nak show gratitude tu, tapi takkanlah just smile pun takleh. The least tu!! Ada orang minta aku tolong fotostatkan somethin, dan bila aku bagi balik, boleh lah komplen itu ini. Oi, kalau nak fotostat hensem2, fotostat sendiri la. Ingat aku mesin fotostat ke??

               
Satu lagi keadaan aku adalah apabila orang ingat aku ni pembantu yang setia. Tanpa memikirkan keadaaan aku, tetiba je mintak pertolongan aku. Pastu aku tak kata apa2 pun, tetiba je ingat aku dah setuju. Dan itulah kot yang jadi minggu lepas.

            


[ PART 2 -  I HAVE MY PRIDE]
                     
Aku dilahirkan pada 11 Ogos 1988. Menandakan aku ni seorang di bawah zodiak Leo. Aku cukup tekankan sangat personaliti Leo dalam diri aku ni. Sebab tu nickname internet aku Leokid, ada sesetengah tempat aku guna Leonix. Sebab ape? Kriteria Leo ni mmg jelas dalam diri aku!
                        
Aku taknak percaya ramalan-ramalan horoskop tu, tapi aku percayakan analisis horoskop. Analisis lain dari ramalan ye.. Ramalan dibuat berdasarkan sangkaan semata2, manakala analisis dibuat berdasarkan data dan statistik. Ala, kalau korang blajar medik korang tahu ar, istilah mediknya disebut biorhythm. Tapi aku tak tahu la pulak sama ada berkaitan dengan tarikh kelahiran (zodiak) atau tak. (aku ponteng time lecture bab biorhythm ni...ngeh ngeh)
                  
Back to the point, ntah apa la aku melalut ni. Ok, so aku ni seorang Leo. Seperti seekor singa, aku ada territory aku sendiri. Aku ada hak aku sendiri. Dan seperti singa juga, aku cukup pantang kalau orang ceroboh territory aku, atau salah guna hak aku. Atau permainkan dignity@maruah aku.
                           
Contoh yang paling mudah - barang2 aku. Aku tak kisah kalau ada orang nak pinjam barang aku, tapi please la, minta kebenaran dulu!!! Aku boleh bagi, as long as minta kebenaran! Bila seseorang main amik pinjam je dengan selamba badak sumbu tak bagitau aku, aku rasa seolah-olah aku hilang hak ke atas barang tu. Iyelah, aku tuan empunya, aku yang beli, tetiba je ada orang selamba busuk amik barang aku. Barang aku! Of course la aku bengang. Cam singa kan aku?
                   
Sama juga orang yang pergunakan dignity aku. Datuk Paduka Sharifah Mazlina pernah citer kat aku, maruah manusia terletak di muka. Aku setuju dengan dia. Dan aku tambah jugak, maruah manusia turut terletak pada nama. Sebab apa?
                            
Well, kalau seseorang tu buat salah, apa yang first skali orang tengok : muka! Sebab tu kalau kita malu, rasa tebal je muka. Sebab tu pepatah melayu ada mengatakan, "bagai menconteng arang ke muka sendiri". Sebab tu perogol bersiri tutup muka lepas kuar dari mahkamah.
                      
Dan juga nama. Bila seseorang mati, orang biasanya tak kenang berdasarkan muka, tapi nama. Ada orang ukir gambar muka kat batu nisan? Orang biasanya tulis nama. Kita belajar macam2 subjek, n kita kenal ramai tokoh2. Tapi kita ingat apa dulu? Of course nama dia.
                   
Dan aku cukup tak suka orang gunakan nama aku sesuka hati. Sebab bagi aku, nama aku tu maruah aku. Dan itulah juga yang terjadi minggu lepas. Skrg ni aku nk singkap sket ape case dia..heheh.. (rujuk post sebelum ni).
                   
Aku dah bagitau awal2 aritu masa diorang tanya. "Kak, saya taknaklah jadi board member. Bz ar..dah ar 2nd year time tu."
Dan Allah sajelah yg tahu perasaan aku bila mendapati aku antara calon2 yang bertanding dalam election tu. Selamba beruk je diorang letak nama aku, pastu tampal merata2 tempat. Ape diorng ingat nama aku tu ape, senang2 hati je nak tempek merata2. Nama aku = Maruah aku! Sebab tu aku tak suka sebarkan nama betul aku (orang panggil aku kid je..). Sebab tu Rasulullah melarang kita berdusta menggunakan namanya!
                           
So aku memang cukup bersabar sepanjang minggu tu. Tu pasal aku post lam buletin n dalam blog ni disclaimer. Bahawasanya aku tak pernah bersetuju pun nak jadi calon!! Demi Allah, aku tak nak!
                           
Dan salah sorang dari diorg tetiba je reply kat aku - "Saudara dah yakin ke saudara akan menang, sampai post lam buletin?" Astaghfirullah...memang aku bersabar betul la.. Dah la guna nama aku tanpa kebenaran, langsung tak mintak maaf, lagi mau jolok api kemarahan aku. Still, aku reply lek lok kat dia.
                        
It's not about winning or losing. It's about my name. Korang tampal nama aku sesuka hati tu, korang dah bagitau kat aku ke? Korang jaja nama aku cam cendol basi tepi jalan tu korang ingat aku tak kisah ke? Apa kata aku lak jaja nama korang tepi2 longkang? (Aku marah nih!!)
                              
Dan bila aku nk jelaskan perkara yg sebenarnya kat public, diorang kata aku perasan nak menang pulak dah... Korang tampal tu kat public, orang dah ingat aku nak bertanding, padahal aku taknak. Tak ke fitnah namanya tu? Makan la daging aku puas2 nanti.
                   
(Huh! Astaghfirullah..)
                  
[ PART 3 - HAPPY 2ND ANNIVERSARY! ]
                     
Hoho..tak sangka, 20hb April yang lepas merupakan hari ulangtahun kedua blog aku ni! Tak sangka ek, cepat betul masa berlalu. Teringat lagi dulu time aku memula blogging, 2 tahun lepas masa aku kat mrsm. Heheh. Curi2 guna komputer department sebab nak tulis blog. Dan bila aku baca kembali entri2 lama aku, terkenangkan zaman muda2 dahulu, aku sedar betapa aku dah berbeza dari apa yang aku impikan. Betul la kata orang, kita hanya mampu merancang, Allah saja yang akan menentukan. Entah apa la yang akan terjadi kat diri aku 2 tahun lagi ek? Wallahua'lam bissawwab..
             
Apa-apa pun, aku suka blogging, Aku pernah kena marah sebab blogging. Aku pernah kena ejek sebab blog ni. Aku pernah kena kutuk itu ini. Bagi aku semua itu biasa, aku rasa seolah-olah blog ini hidup bersama-sama aku, menyulusuri setiap liku dan cabaran yang mendatang, menjadi rekod dan saksi atas setiap kejadian bermakna dalam hidup aku. Aku harap aku akan terus blogging sampai la aku lebih tua nanti agar generasi2 aku akan datang dapat menatap susur galur hidup aku, sekaligus menjadikannya panduan dan pengajaran dalam hidup mereka pula, inshaAllah..
                        
Blog ini adalah diri aku. Membaca blog ini adalah bagaikan mendengar aku berceloteh di ruang Internet. Aku tak memaksa korang dengar aku berceloteh. Kalau korang taknak dengar, korang boleh berhenti. Suara aku adalah untuk semua. Terpulang pada korang nak judge, sebagaimana korang judge diri aku, sedangkan sebaik2 penghukum itu adalah Allah. Suka hati aku nak cerita apa, sesungguhnya manusia itu tidak akan dapat selain apa yang mereka kerjakan.
                        
And here i am, telling my stories to the world!!

                

My heart has returned to walk on the path
Full of joy and longing, flying to God
And its only hope is gaining Your pleasure
On the day of meeting You
You are the Omnipotent
       
Alone, in the darkness of my night
In the loneliness of my path
My worries weigh me down
My sins pain me
         
Alone, I supplicate to You and I hope
From my sins I repent
I have no one but You
I am at Your door..

My First Post, April 20, 2005. --> Leokid's Life - First Post~!!!

Nizhny Games Board Member??

DISCLAIMER

Saya, Mohd Syamirulah bin Rahim pelajar Tahun Pertama Fakulti Perubatan di Nizhny Novgorod State Medical University dengan ini menjelaskan bahawasanya saya tidak pernah sama sekali memohon untuk dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa Nizhny Games 2008 sama ada secara lisan mahupun bertulis, dan sama sekali tidak pernah melahirkan hasrat untuk dicalonkan sama ada kepada umum mahupun individu-individu tertentu.

Justeru, tanpa persetujuan saya, maka pencalonan saya sebagai ahli jawatankuasa ini sama sekali tidak sah, dan saya tidak akan bertanggungjawab mahupun ambil peduli atas sebarang keputusan yang bakal tercapai hasil undian yang diadakan.

Saya tidak perlu menarik diri dari pencalonan ini, kerana dari awal lagi saya tidak pernah bersetuju untuk terlibat. Dan saya tak perlu individu lain membuat keputusan bagi pihak saya. Harap maklum.

La Taghdob!

Assalamualaikum~

[ Untuk post pasal Interview....sila tgk post seterusnya! ]

Huhu..lama tak post something. Saja nak bg chance untuk calon2 interview semua menimba ilmu =)

Marah? Saya tak suke la marah2 ni. Serius! I dont even remember when was the last time i've gotten angry at something and/or something. Bagi saya marah tu satu sikap yang tak produktif. Apa yang kita dapat dengan marah? Takde improvement langsung. Sedang nabi pun tak suka marah2. Marah itu dikaitkan dengan api, dan api itu dikaitkan dengan syaitan, tak gitu?

Telah datang seseorang kepada Nabi s.a.w. memohon kepada baginda agar berpesan sesuatu kepadanya. Baginda menjawab, "La Taghdob! (Jangan marah!). Sahabat itu meminta lagi agar baginda berpesan sesuatu kepadanya. Dan sekali lagi baginda mengulangi, "La Taghdob!", diulang sehingga beberapa kali. (HR Bukhari)

                

Jangan marah!

Tapi apa nak buat kalau kita tiba ke sesuatu keadaan di mana kita perlu marah? Keadaan apabila kesabaran sudah tak dapat dibendung?

Sebab itu Allah berfirman dalam Surah Al-Asr, tidak termasuk dalam kerugian bagi orang-orang yang "berpesan-pesan dengan kesabaran". Maksudnya di sini Allah suruh kita saling ingat memperingati antara satu sama lain agar terus bersabar. Sebab apa? Sebab kalau sabar itu sudah tidak dibendung, maka apabila seseorang itu hilang sabar dan dikuasai nafsu amarah, maka sudah tentu dunia ini dipenuhi persengketaan!

Ketika saya masih kanak2 dahulu, ibu saya selalu memarahi saya. (Saya kecik2 dulu nakal betul!) Sungguhpun begitu, saya dah pandai menafsir sifat marah ni sejak dari kecil lagi. Saya tak suka apabila dimarahi ibu saya apabila saya melakukan kesilapan. Pandangan saya ketika itu adalah "kita perlulah move forward walau apa pun kesilapan yg telah dilakukan, sebab benda dah berlaku, tak guna marah-marah. Bukan dapat apa pun marah-marah ni!" Haha. Naive betul saya waktu kanak2 dulu.

Tapi sekarang ni saya bersyukur sebab pernah dimarahi oleh ibu saya. Sebab kena marah itulah, saya tak berani mengulangi kesilapan yang sama. Saya dulu teramatlah delinquent. Hehe. Curi duit mak, letak paku tengah rumah, bukak cc kat umah tanpa kebenaran...miahaha! Tapi sekarang bila terkenangkan kembali memori lama, ianya menjadi satu pengajaran kepada saya.

So the point is, boleh ke tak kita marah-marah ni?

Kita tengok sket sejarah Nabi. Pernah tak nabi marah? Nabi Yunus pernah marah. Dia pernah marah kat umat dia yang tak dengar seruan, sampai dia futhur dan tinggalkan umatnya. Dan akhirnya dia diuji dengan bahaman Nun.

Seorang lelaki, Abu Mas’ud al-Anshari, pada suatu hari mengadukan keberatannya kepada Rasulullah tentang imam solat di lingkungannya memanjangkan solat (contohnya rukuk/sujud telalu lama, baca surah panjang2 lepas Fatihah). Mendengar pengaduan itu, Nabi marah, sampai lelaki itu berkata: “Aku belum pernah melihat Nabi marah melebihi marahnya ketika beliau memberi nasihat pada hari itu kepada orang ramai dengan sabdanya; Wahai umatku sekalian! Sesungguhnya ada di antara kalian yang menyebabkan orang jauh dari agama. Maka siapa di antara kalian menjadi imam (solat), hendaklah mempercepat solatnya kerana di belakangnya terdapat orang-orang tua, orang-orang yang lemah dan orang-orang yang mempunyai keperluan lain.” (HR Bukhari dari Abu Mas’ud al-Anshari).

                        

Tengok, Nabi pun pernah marah! So, adakah sifat marah ni dibolehkan? Saya ada cuba mencari info sket2 kat internet, tapi kebanyakan artikel yang saya jumpa semuanya memberikan pandangan negatif tentang marah ni.

Saya? Saya pun kalau boleh nak marah. Selalu sangat ada orang cari pasal dengan saya. Antara prinsip saya "I dont mess up with anybody, and i would expect anybody wont mess up with me!"

Tapi, yelah manusia, takdenya yang camtu. Kadang2 saya duk diam2....tak kacau orang, ada je yang nak jolok2 nafsu amarah saya. Contohnya cam pagi ni. Hari ni hari minggu, saya berhasrat nak rehatkan badan di atas katil sepanjang pagi. Tuhan je yang tahu betapa penatnya saya sepanjang minggu ni! Maka sepatutnya saya mengqada rehat saya di hari minggu ni. Ni pun rehat kejap je, sebab petang sket dah nak kena start study untuk test-test minggu depan.

Tapi apa yang terjadi? Ada je manusia yang mengganggu privasi ni. Datang bersembang2 hal bisnes la, apa la. Dalam hati saya yang ketika itu terganggu tidur, memang membara! Siapa yang tak marah kalau diganggu tidurnya? Even kalau seseorang tidur pun, kita takleh baca Quran kuat2 sebelah dia, takut terganggu! Inikan pula sembang kosong yang benar2 menguji keimanan saya di pagi hari. Bukannya takleh nak sembang tempat lain.. Bukan sekali, hampir tiap2 minggu privasi saya terganggu. Huhu..

So, wajarkah saya marah dalam keadaan ini? Apabila hak dan privasi saya diganggu. Akhirnya saya memendam rasa juga. Bersabar...menelan rasa amarah tu.

Marah ini datang dari emosi. Dan saya tak suka diri saya ni dikuasai emosi, sebab apabila dikuasai emosi, kita meletakkan iman dan akal sebagai perkara kedua dan ketiga. Apabila diri tidak lagi dikuasai akal (untuk memikirkan perkara baik atau buruk) dan iman (yang menggariskan mana yg baik @ buruk), maka perkara yang haram pun boleh disalahanggap jadi halal!

                              

Huhu...kid...la taghdob...

[ MENANGANI MASALAH MARAH ]

Saya banyak mencari artikel-artikel mencegah marah, atau cara-cara menangani nafsu amarah. Satu persamaan dalam banyak2 artikel tersebut mencadangkan, agar kita berwuduk ketika marah. Benar, sekiranya marah itu dikaitkan dengan api maka hanya dengan air sahajalah mampu memadamnya. Tapi saya tak rasa ini satu solusi yang bagus. Sebab apa? Well, berkonfrontasi dengan sesuatu yang membuatkan kita marah. Pastu kita amik wudhu, hilang sekejap rasa amarah tu. Pastu kita jumpa lagi benda yang sama. Pastu kita berwudhu lagi. N so on and so forth. Persoalannya, sampai bila?

Selagi punca atau trigger kepada perasaan marah tu tak ditangani, selama itulah ianya akan tetap menghantui diri kita!

Saya masih teringat lagi di waktu MRSM, saya pernah juga hilang kawalan terhadap perasaan marah ni (dalam ertikata lain, dikuasai emosi). Akibatnya? Saya pernah menampar seorang rakan saya. Saya pernah menghentam pintu loker sampai pecah. Heheh.

Orang kata, manusia yang banyak memendam marah ni (contohnya saya), bila sekali amarah dia terlepas, maka buruk akibatnya! Seperti gunung berapi yang dah lama memendam tekanan lava! Betul ke? Ya, saya pernah menghadapinya.

Tolonglah...jangan la buat saya marah. Saya tak suka betul marah2 ni. Habis kuat pun saya benci je, tapi tak marah.

So kesimpulannya, dalam mengatasi masalah marah, kenalah mengatasi puncanya dahulu, kan? Hmm...bunuh je semua orang yang mendatangkan marah dalam hidup ni...(satu cara yang cukup efektif dalam mengatasi punca marah!). Betul tak? =p juz kidding.

Nak wat camne? Tu semua masalah orang lain, bukannya masalah diri. Apa yg kita boleh buat? Akhirnya, final solution, kita kembali juga kepada Al-Quran "Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali yg berpesan2 dengan kesabaran..."

                                 

[.n.o.t. .i.n. .a. .m.o.o.d. .m.o.d.e.]

salam..

i want to update something here...but currently not in a mood. everytime i want to express something, the hurting memory appears, straining my mind and obsolating my mood. i have a lot of things running in my mind, that am willing to share in this blog. but somehow i cant get it here. huhu.

the hurt is still painful. no matter how many time i faced it. no matter how many time i tried to get used to it. the pain is still the same.

when will i find somebody to cure this pain? everyone i met, added another drop of poison to my pain. each time i thought i have found 'the one', it turns out to be 'the one who hurts most'. maybe there aint' 'the one' for me? Wallahua'lam.

Say, [O Muhammad], "If you should love Allah, then follow me, [so] Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Forgiving and Merciful."  [3:31]

Hatred vs Hurted

Aku cuba pertahankan ukhwah fillah ini dengan pelbagai cara sekalipun. Ukhwah ini sudah tiada harapan, agaknya. Apa lagi mampu aku lakukan?  Semakin aku mencuba, semakin aku tersiksa. Adakah ini ujian? Perlukah aku terus mencuba, lillahi taala? Atau perlukah aku mengundur diri, lillahi taala? Ya Allah... sesungguhnya aku perlukanMu..

    "Alasan yang kuat hanya pada Allah. Maka kalau dia menghendaki, nescaya kamu semua mendapat petunjuk." [6:149]


Aku bukanlah seorang penyair untuk menuturkan kata-kata puitis, tak pernah aku menempuh aliran sastera di sekolah menengah. Apa yg muncul di mindaku, berasal dari jiwaku, lancar di tanganku untuk ku luahkan. Mereka pelik apabila aku menuturkan kata-kata puitis, sedangkan aku bukannya pelajar aliran sastera. Tetapi mereka tidak pelik apabila Rasulullah yang buta huruf mampu menyampaikan firmanNya yang penuh dengan gaya bahasa agung dan sintaks yg hanya Dia yg mampu ungkapkan? Alangkah dangkalnya pemikiran mereka!

Sepertimana yang aku sedia maklum, ramai orang menyangka diri mereka memahami aku. Walhal tiadalah sedikitpun mereka faham akan perasaan aku. Apatah lagi meneka apa yang bermain di fikiranku. Dan hanya dengan sedikit pemahaman yang mereka ada itu, mereka cuba menghukum aku. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penghukum!

Justeru acapkali apabila aku menuturkan kata puitis, mereka menyangka aku seorang penyair. Apabila aku mengerutkan dahi, mereka menyangka aku pemarah. Apabila aku berprasangka baik, mereka menyangka aku penakut.

Tapi tak apalah...sesungguhnya Allah mengetahui, sedang mereka tidak!

Sukarnya mencari manusia yang betul2 memahami diri ini, ya Allah.. tiada siapa pun yang memahami diri aku. Yang cuba untuk memahami pun cuma beberapa orang. Lebih ramai yang suka menghukum aku tanpa membicarakan diri aku. Moga Allah menghukum mereka tanpa membicarakan diri mereka pula.

    "Maha Suci Tuhan kami, sungguh, janji Tuhan kami pasti dipenuhi!" [18:108]

Hatiku Milikmu...

Cerpen > Klik di sini

Cerpen kat link atas ni memang panjang. Tapi demi Allah, cerpen inilah yang pertama membuat air mata aku mengalir. Aku tersentuh, jalan ceritanya, watak-wataknya, membayangkan diriku dan keadaanku sekarang ni. Mesej yang dibawa menjadi motivasi aku, menjadi penenang jiwaku yang sememangnya terperangkap di dalam dilema ini. SubhanAllah..

(Pergilah…pergilah cinta! Aku tak perlukan cintamu. Ya Allah, hanya Kau yang kudambakan bukan sesiapa di kalangan makhluk-Mu. Hatiku hanya milik-Mu!)

Aku dan Umar-AlMujahid ada beberapa persamaan. Dalam beberapa aspek. Aku juga dikecewakan 'Asiah Yusro'. Aku juga pernah hanyut dalam dakapan 'Nur Syafika'.  Sesungguhnya demi Allah, cerpen ini benar-benar membuatkan aku terpukul. MasyaAllah, alangkah agungNya kekuasaanMu!
Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan sebagaimana Umar-AlMujahid. Kurniakanlah aku kesabaran. Kurniakanlah aku hidayahMu! Aku pernah kecewa dengan wanita. Aku pernah kecewa dalam tarbiyyah. Aku pernah futhur!

Surah AlBaqarah : 216 menjadi pegangan aku ketika ini. Ya Allah, andai kau ingin hadirkan seseorang sebagai temanku dalam perjuanganku ini, maka kurniakanlah aku seseorang dari jalan tarbiyyahMu.. Dan seandainya tiada wanita sedemikian untukku, maka tutuplah pintu hatiku ini ya Allah, dan terimalah cintaku ini, hanya untukMu..

Sesungguhnya...hatiku milikMu..

Sedih....dan kecewa~!!

Ya Allah..aku futhur! Engkau sahaja yang tahu akan kesedihan yang bersarang di lubuk hatiku ini.

"Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih, kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman" [Ali-Imran:3]

There's one person in my life.  Seseorang yang aku sangat banggakan. Bangga kerana dapat menjadi salah-seorang dari kawan-kawannya. Berbangga kerana aku memiliki seorang sahabat sedemikian. Ya, dialah sahabat aku, sepertimana yang aku ceritakan dalam bahagian II post sebelum ini. Sahabat yang aku sanggup mati demi mempertahankannya.

Kami mempunyai banyak persamaan. Dia sukakan Good Charlotte, aku juga mmg die-hard-fan Good Charlotte. Dia meminati Avril Lavigne, dan aku mempunyai koleksi semua album dari Avril. Dia cukup suka dengan kucing, sungguhpun aku lebih berminat dengan hamster. Dia beruang polar, dan aku beruang hitam besar..
Syukur alhamdulillah, kami berdua di atas jalan tarbiyyah, mudah-mudahan Allah melindungi kami..

Demi Allah, aku bersahabat dengannya kerana ukhwah, semata-mata ukhwah di jalanNya, Ukhwah Fisabilillah! Tiada terlintas di fikiranku untuk memperjodohkannya. Tiada terdetik di hati aku untuk memilikinya, kerana hati aku milik Allah yang satu! Tiada sanggup aku menduakan Allah semata-mata kerana seorang wanita yang kerdil di sisi Mu! Ya, aku akui aku memang menyayanginya. Sesungguhnya aku menyayanginya keranaMu, ya Allah!

Setidak-tidaknya, itu yang aku fikirkan. Tetapi dia tidak. Kehadiranku disalahertikan, agaknya. Atau aku yang salah dalam mengertikan kewujudan diriku dalam hidupnya. Mungkin itu yang bermain di fikirannya.

Demi Allah, keranaMu Allah, tiada sanggup ku menagih cinta insan yang sungguh tidak sempurna. Tidak sanggup ku menduakan Engkau, ya Allah. Hatiku sudah pudar kepada mana-mana insan yang cuba mendekati aku. Manusia hambaMu, takkan sama sekali menyaingi Engkau, ya Allah~! Cukuplah Engkau bagiku, kepada Engkau tempat ku mendamba kasih sayang, kepada Engkau tempat aku memohon!

Justeru tiada niat di hatiku untuk memiliki sesiapa, ya Allah! Tiada niat di hatiku untuk memiliki dia! Cukuplah dia sekadar temanku. Sekadar sahabatku yang paling berharga. Kenapa paling berharga? Kerana dia satu-satunya sahabat yang aku jalinkan ukhwah semata-mata kerana Engkau! Ku bersumpah dengan diriku ketika mula-mula menghulur salam ukhwah dahulu, bahawa persahabatan ini akan dibina semata-mata kerana Engkau, ya Allah! Tidak terlintas di fikiranku untuk memikirkan soal jodoh. Ku hanya inginkan dia sebagai sahabatku, hidup dan mati!

Dan sekarang, aku rasa bersalah. Bersalah kepada Allah kerana tidak mampu mempertahankan ukhwah yang terjalin. Ukhwah yang dibina Lillahi Ta'ala kini hampir putus. Atau boleh dikatakan gugur sepenuhnya. Futhur. Entah di mana silapnya. Semakin aku cuba perbaiki, semakin ia rebah. Semakin aku cuba mengubati, semakin ia mudarat. Tiada hipotesis lain dapat aku kemukakan..melainkan hanya mampu aku berserah dan redha kepadaMu..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [2:216]

Kini aku pasrah. Aku benar-benar... sedih. Sedih...bukan kerana aku tidak mampu memilikinya. Sedih bukan kerana dia tidak ditakdirkan untuk menjadi jodohku.
Tapi sedih kerana ukhwah yang terbina selama itu rebah di tengah jalan. Ukhwah Fillah - kini tidak lagi abadan abada'.

Dan aku kecewa. Futhur, secara literalnya kecundang. Ya, aku kecundang! Entah apa lagi yang harus aku lakukan untuk menegakkan kembali ukhwah ini. Entah apa lagi yang mampu aku usahakan. Entah doa apa lagi yang harus aku panjatkan ke hadrat Ilahi agar ukhwah ini kembali bertaut!

Teringat kata-kata yang sering aku ucapkan. Kata-kata yang menjadi pegangan hidup aku. "Kalau Allah tak menghendaki, usahalah sekuat mana pun. Nescaya yang pasti pun tidak akan menjadi kenyataan!"

"Dan sekiranya Allah menghendaki, larilah walau ke hujung dunia pun. Nescaya yang mimpi pun akan terjelma menjadi realiti!

Dan aku rasakan di antara aku dan dia hanya sekadar mimpi. Realiti yang terjelma menjadi mimpi. Sekelip mata Allah mampu merungkaikan ukhwah yang terbina, kerana Dia tidak menghendaki. Kenapa Dia tidak menghendaki? Jawapannya ada di atas, 2:216.

Ya Allah, andai dia baik untukku, ditakdirkan untukku, maka aku serahkan segalanya kepadaMu ya Allah untuk Engkau aturkan. Engkaulah sebaik-baik perancang, dan sebaik-baik pelaksana. Engkau Maha Mengetahui, betapa ukhwah yang terbina di jalanMu ini menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku, kerana sesungguhnya tiadalah yang lebih indah melainkan ia yang aku lakukan keranaMu..semata-mata keranaMu..

Ya Allah, ku pohon kepada Engkau, jauhkanlah aku dari panahan arjuna syaitan dan nafsu di sekeliling aku. Kentalkanlah imanku menghadapi cabaran insan bergelar perempuan. Aku ingin Engkau sahaja yang bertakhta di hatiku. Dan sekiranya ada di antara mereka yang menyinar pada pandanganMu, yang dirasakan selayaknya untuk aku, maka hadirkanlah dia di dalam hatiku. Namun, jangan Kau kurangkan kasihku terhadapMu. Sesungguhnya ku tidak mahu mati melainkan dalam hatiku ini hanya ada diriMu, penciptaku yang satu!

NeW sEmEsTeR ~ nEw LiFe, perHaPs~?

[I] - My Academic Calendar

Hak2. Today, 12th February, is the beginning of spring semester in Russian Education Calendar. The new semester, starting off well, which makes me quite in relief... There's some quite good news and sad news, however guess that changes are needed in order to improve, right?

One of the best news is that our anatomy teacher, who used to be Andrei Viyacheslavich Bezdenehznich, will be replaced by Prof. Anna Stelnikova! It's not that i dont like Andrei, me really respect him, so much! He even helped me during my zachot test last semester! How could i ever be so unthankful to him!

Anna Stelnikova - a professor - is much2 better than any other anatomy teacher - is quite a convincing remark given by lots of my seniors. She leads the class quite efficiently, in contrast to Andrei. She can get very close (i repeat, very close! hehe) to her lovely students! Sometimes she can act as a mother, and in instant she could be the most respected teacher you've ever known! I dunno whether all of these are true, but that's what my seniors been talking about. Even Husni, my respected senior, gave quite a hyperbolic remarks, saying that i should perform a sujud shukur berjemaah! Hohoho...now that's really convincing! Well, it's all depends on my first impression towards her in class tomorrow. Hope she's just not 'indah khabar dari rupa'. Heheh.

Anyway, i feel like having some kind of energy this semester. Perhaps after being 'recharged' during the winter holiday? Heheh. I promised to myself, to perform the best this semester! InshaAllah!

Impian semalam adalah realiti hari ini, dan impian hari ini adalah realiti esok…” - Imam Hassan al-Banna


[II] - Getting Personal...

I ruined a friendship! OMG, what have i done????? Honestly, i don't know! I only knew this certain girl for several months, and as I realized that i've gone too far, she had already become very upset with me!

I really liked her, but it's that i'm with somebody else right now. I would never ever betray anybody, therefore breaking up with my girl is a plan i would never ever thought of! She is very kind, one among my friends that i could consider as 'best' friend! So far in my life, there's only several person are among my bestfriend list - Due, Adib, Ros, Pijat, and she! Those whose name in the list are the one that i swear would slay my heart for! She might never knew it, but believe me, it's true.

However, dunno what, due to some mistakes i've done, my friendship with her is in quite a stake right now. Dunno what should i do, except pray for Allah so that He would done anything to strengthen our friendship again.

For her, i might be annoying. I might be quite irritating. Quite frustrating. If i've done anything that ever broke your heart, please accept my true apology from the bottom of my heart. Breaking my bestfriend's heart is never different than breaking my own heart - though my heart had been broken quite often, the pain is still the same..

"Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah."

[III] - Back to reality

Saya ingin bertanyakan kepada anda semua, muslim jenis mana yang lebih baik - beramal tanpa ilmu, atau berilmu tanpa amal? Saya tahu, yang beramal dengan ilmu adalah yang paling baik, dan yang tak beramal dan tak berilmu langsung pula adalah yang paling rugi di antara kita semua.

Saya akui, saya pernah berada di kategori 'berilmu tanpa amal'. Sungguh seronok mempelajari ilmu-ilmu Islam! Mempelajari mengenai isu-isu semasa, hadis-hadis, dalil-dalil kemaslahatan dan sebagainya. Saya cukup seronok apabila menyertai perbincangan mengenai Isu Lina Joy Murtad. Saya cukup bersemangat mengikuti debat Comparative Religion. Saya menjadi teruja untuk mengetahui mengenai perbezaan mazhab fiqh dan aqidah. Malahan saya begitu tertarik dengan topik pembahagian darah bagi wanita!

Tapi alangkah ruginya saya di waktu itu. Saya sekadar mengetahui, tapi saya tak mengamalkan apa yang sepatutnya saya amalkan. Saya tahu, dengan mengingati Allah hati akan tenang [13:28] tetapi saya lebih selesa menenangkan hati saya dengan mendengar lagu-lagu My Chemical Romance. Saya tahu, terdapat banyak hujah-hujah yang membuktikan keharaman berpasang-pasangan, tetapi saya tekad menghalalkan yang haram. Saya tahu, menyambut valentine itu dikaitkan dengan amalan kristian, tapi saya tetap menghadiahkan teddy bear kepada awek saya. (sekarang ex!)

Syukur alhamdulillah, saya sempat sedar. Lirik lagu Kembali nyanyian Raihan berjaya menyinar di dalam lubuk kegelapan hati saya. Kisah cinta Rabiatul Adawiyah menyedarkan saya tentang erti cinta sebenarnya, Cinta Agung. Syukur, saya benar-benar bersyukur kepada Allah yang menemukan sahabat-sahabat yang ramai, yang mampu membimbing saya agar lebih dekat kepadaNya.

Kehidupan yang kau lalui tiada bererti
Namun kau masih tak menyedari
Bila wajahmu pucat lesu terbujur kaku
Bimbang hidup kau kan berakhir
Tidakkah kau tahu dia yang maha kuasa
Masihkah tak mengerti
Tiada hidup tanpanya... Allah
Subhanaallah

Lalu kau pun tunduk membisu
Sejuta ketakutan
Bayangkan dosa mu bagai lautan
Haraplah diberi peluang
Umur yang panjang
Kau kan jadi hamba yang sejati

Allah maha pengasih
Allah maha pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu
Allah maha pengasih
Allah maha pengampun
Sedarlah kau dari kesilapan mu

Lalu kau pun sujud mengaku
Hilang keangkuhanmu
Cabutlah noda hitam di hatimu
Haraplah di beri peluang
Beribadah kembali
Kau kan jadi hamba yang sejati

Engkau pun menyedari
Jangka waktu yang di beri
Kau pun sedari
Cintanya yang abadi

Allah maha pengasih
Allah maha pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu

Allah maha pengasih
Allah maha pengampun
Cintai Ilahi
Cinta yang hakiki
Subhanaallah

Sekarang, saya lebih selesa mendengar lagu-lagu nasyid. Lagu Raihan seperti Sesungguhnya, Rindu, menjadi siulan. Lagu Rabbani seperti Anak Soleh, Ibu Mithali dan Berkorban Apa Saja membawa seribu keinsafan. Lagu Mirwana seperti Aku Tanpa CintaMu dan Hikmah Kembara menjadi perangsang untuk meneruskan hidup di dunia penuh logamaya ini. Namun lagu-lagu lain dendangan Good Charlotte, My Chemical Romance, Korni dan sebagainya masih lagi menjadi halwa telinga ini..

"Nak mengubah diri sendiri, boleh sekelip mata. Nak mengubah persepsi orang, kadang-kadang perlukan selamanya"

Kembali kepada point asal, antara "Berilmu tanpa beramal" dan "Beramal tanpa ilmu" yang manakah lebih baik agaknya? Kata orang, 'Ilmu tanpa amal adalah ibarat pohon tanpa buah.'. Ada orang kata lagi, "Ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu itu sesat". Orang lain pulak kata, "Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu, Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.". Saya tercari-cari, jumpa pula seorang hamba Allah ni berkata "Hidup tanpa ilmu umpama orang yg mati ilmu tanpa amal umpama orang yg tidur amal tanpa keikhlasan adalah sia2. ...".  Sorang lagi dengan hampeh dan penuh konfidennya cuba meyakinkan saya "Ilmu tanpa amal akan rugi, amal tanpa ilmu akan gile..tp kalau duit tanpa ilmu boleh buat org rugi dan gile.." Hahaha...sungguh aneh ciptaan Allah bergelar manusia ini kan? =)

Imam Al-Ghazali meyakinkan bahawa "Ilmu tanpa Amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia-sia.". Apa pula pandangan anda?

Kerana Ini Jalan Pilihanku

Karya asal oleh: Muharikah, Dakwah.info
Diolah kembali oleh: Mohd Syamirullah Rahim - sekadar karya saduran, tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yg telah pulang ke rahmatullah.

_______________________________________________________________________________________________________

     Berapa kali aku kata aku bukan belajar di Moscow ! Aku belajar di Nizhniy, di salah satu tempat di Russia !

    ‘Abah dah habaq kat hang banyak kali dah! Kalau pergi Moscow tu jangan buat perangai tak elok! Jangan malukan mak abah! Hang pergi sana untuk belajar. Bukan untuk jadi pendakwah!’

    Nizhny abah, Nizhny! Bentak hatiku. Aku tak mengerti mengapa semua orang Malaysia menganggap jika belajar di Russia itu maksudnya adalah belajar di Moscow .

    ‘Tak mengapa Sham, aku dok belajar di Ireland ni pun mak aku kata aku belajar di London.’ Teringat kata-kata Izzul, teman serumahku di saat kami berbual.

    Aku mengeluh di saat gagang telefon belum ditutup. Abah masih meneruskan ceramahnya yang panjang lebar. Terasa bingit apabila suara garaunya menembusi gegendang telingaku.

    ‘Abah dah habaq kat hang, dok Moscow tu belajar. Buat apa nak enjoy-enjoy sangat. Bukan senang nak pergi overseas itu, tahu? Semua orang kampong ni tahu yang anak abah pergi Moscow . Mana abah nak letak muka kalau hang balik tak bawak apa2 selain bini hang tu je?’

    Aku masih tidak berkata apa-apa. Membiarkan si abah memuntahkan segala isi hatinya yang terbeku. Padanya abah tidak mengerti apa-apa yang dialaminya di bumi berhawa dingin itu.

    ‘Usrah-usrah tu bukan tak bagus. Abah suka anak abah jadi anak soleh. Tapi jangan sampai berlebih-lebihan. Jangan sampai hang tak study langsung. Nak belajar Islam itu belajar juga, tapi janganlah berlebihan. Islam itukan wasatiah. Berpada-pada. Kita jangan terlalu ekstrim. Biar Islam kita Islam hadhari’

    Teringat dulu abah pernah bertanya kepadaku erti wasatiah. Dia jumpa dalam buku kitab kuning katanya. Aku katakan itu bermakna berbuat sesuatu biar pada kadarnya, tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

    ‘Abah memang kecewa dengan hang, Sham. Kau tak kasihan ke pada mak abah. Macam mana nanti kami nak tanggung malu kalau hang balik tak bawak apa-apa? Hang nak cari kerja macam mana nanti? Nak tanggung anak bini hang lagi. Hang nak bagi depa makan pasir ke?’

    Aku merenung lantai di bawah telapak kakiku. Kosong. Di sisiku, bidadari yang menerangi rumah tanggaku duduk bersimpuh sambil menanti-nanti ucapan dari bibirku. Kasihan dia, tentu dia gundah melihat reaksiku berbicara dengan abah di balik telefon.

    Setiap kali aku mahu menjawab kata-kata ayahku, si bidadari menyentuh lembut bahuku dan membuka ayatNya yang menyirami api amarah hatiku;

    ‘Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah keduanya perkataan yang baik’ ( Al-Isra’: 23)

    Benarlah sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Aku melirik dengan hati yang tenang pada wajah bercahaya si bidadari. Dia bukanlah dikalangan wanita yang dikatakan sebagai jelita. Hidung sedikit sepet, kulitnya sawo matang. Badannya kecil molek. Tapi aku tidak melihat kesemua itu kerana di saat aku ditanya oleh abang usrahku akan kriteria calon isteri pilihanku, jawapanku hanyalah;  Dia seorang akhwat yang mengikuti tarbiyah dan melaksanakan ajaran Islam. Sehingga ke hari ini, aku tidak pernah menyesal membuat pilihan itu.

    ‘Abah…’ ujarku dengan nada yang lembut sambil menahan gelojak di hati yang tersinggung dek tuduhan-tuduhan si abah.

    ‘Abah, Sham sebenarnya bukan fail exam keseluruhan ayah. Sham cuma fail zachot sahaja.’

    ‘Sama jelah . Kalau dah fail tu fail juga…’ Abah memotong.

   ‘Bukan begitu. Maknanya Sham boleh ambil balik zachot itu dan lulus. Tak perlu pun nak kena ulang tahun.’

    Aku membayangkan betapa terkejutnya abah tatkala menerima surat keputusan peperiksaanku di kampung. Ditambah lagi abang sulungku pulang dari US tanpa membawa balik segulung ijazah. Hanya sebatang kara. Kini dia hanya menolong ayah menguruskan cyber cafe di kampung. Sedangkan dahulunya abang adalah pelajar terbaik sewaktu sekolah menengahnya.

    ‘Abang ikut tabligh kot, Abg Sham.. Balik rumah asyik pakai baju putih je’ begitu kata adik bongsuku tatkala ditanya. Abang enggan berbicara denganku. Aku sendiri tak mengerti kenapa. Mungkin berasa malu.

    Barangkali kerana itu abah melenting dan terkejut. Tapi Sham tak ikut tabligh abah! Sham ikut tarbiyah!

    ‘Zachot before periksa itu zachot terakhir Sham kena ambil. Tapi waktu periksa hari itu, Sham kene demam panas. Sham pergi juga ambil periksa waktu itu, walaupun tak dapat nak jawap soalan periksa betul-betul.’

    Abah berdengus kasar. Seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapanku.

    ‘Apapun, abah tak nak hang gagal lagi. Hang kalau ikut-ikut usrah pun jangan sampai tak belajar. Kita biasa-biasa sudahlah. Tak perlu sampai nak jadi pendakwah.’

    Kadang-kadang aku kecewa mengapa ramai menganggap bahawa faktor utama kegagalan seseorang yang aktif menghadiri pertemuan-pertemuan ilmu itu adalah kerana kesibukannya. Ramai lagi manusia yang gagal dalam pelajaran tapi mereka itu sibuk dengan kefoyaan mereka berhibur serta menghabiskan masa dengan perkara yang langsung tidak berfaedah.

    Pertemuanku dengan seorang sahabat yang memberi cahaya kepada kehidupanku kini adalah pertemuan yang paling membahagiakan hidupku. Sahabat itulah yang menjadi naqib usrahku dan menjodohkanku dengan dia. Saat aku jatuh cinta dengan tarbiyah, saat itulah aku mengetahui erti kepada makna kehidupannya di atas muka bumi ini.

    ‘Kau sanggup berkorban duit dan masa semata-mata nak pergi usrah Sham? Get a life man! Takkan masa muda kau ni nak habiskan masa baca Quran je? Kau tak bosan ke dengar ceramah-ceramah? Ke hulu-hilir pergi entah kemana-mana entah. Kau boleh tolak tau kalau orang ajak kau. Kau jangan paksa diri Sham,’ Itulah kata-kata teman serumahku di kala mereka selalu melihat aku hilang dari bilikku.

    ‘Tapi aku tak jumpa ketenangan dan kebahagian bila aku buat apa yang kita buat selama ini. Usha awek cun, main game, tengok wayang dan lepak-lepak. Mula-mula aku rasa best lah. Tapi lama-lama aku rasa boringlah.Hidup takde tujuan. Buat camtu pun aku rasa buang duit dan masa juga.’

    ‘Kau memang dah berubahlah, Sham.’  Dan di saat itu, aku mula merasakan hubunganku dengan teman serumahku semakin renggang. Nyata jalan kami adalah dua jalan berbeza. Pemikiran kami berbeza. Kesukaan kami begitu juga.

    Aku berasa bahagia tatkala berjumpa dengan teman seperjuanganku namun aku sedih melihat teman serumahku masih leka dengan kefoya-foyaan sementara. Duhai teman, jika dikau mengetahui betapa nikmatnya jalan yang berliku namun penuh cahaya ini tentu kamu takkan tersilau dengan hiburan sementara di atas dunia ini. Kehidupan yang kau lalui sekarang ini adalah jalanyang gelap, yang tidak bermakna apa-apa walaupun kelak kita sama-sama pulang membawa segulung ijazah, kerana kehidupan sedemikian menjanjikan suka sebentar, tetapi duka selamanya di akhirat nanti.

   ‘Dan sungguh akan Kami isikan neraka Jahanam dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati,tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami dan memiliki mata tetapi tidak melihat dan memiliki telinga tetapi tidak mendengar. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi,’(Al-A’raf: 7)

    Aku berdoa agar keluargaku dan sahabat-sahabatku akan mendapat pancaran hidayah ini. Aku berdoa agar mereka menyintai ilmu, menyintai Islam dan mahu beramal dengannya. Kerana hidup di bumi Russia ini, perbezaan antara kafir dan Islam adalah terang dan jelas. Minum arak, pergaulan bebas, pergi kelab malam dan makan babi adalah nyata perkara haram. Tetapi di Malaysia sangat sukar untuk menilai manakah Islam manakah yang bukan kerana orang Islam sendiri minum arak, pergi ke kelab malam dan berfoya-foya. Oleh kerana itu tidak hairan jika ramai graduan luar negara apabila pulang ke tanahair akan lebih dekat dengan Allah, kerana keadaan kehidupannya menjadikan dia sedemikian. Dia memerlukan Allah untuk hidup. Dia memerlukan Allah untuk menjadikan dia kuat menahan cabaran kekufuran. Sebab itu di saat sahabat-sahabat seperjuangan mengajaknya untuk belajar tentang agama Allah, hatinya tidak menolak, kerana dirasakan bahagia di saat hatinya dekat dengan Allah. Dan dia buntu memikirkan bagaimanakah lagi dia boleh membawa teman serumahnya mengikuti jalan yang dia ikuti kini.

   ‘Wahai orang-orang yang beriman. Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu,’ (Anfal:24)

    Kerana itu Sham ikut usrah abah! Kerana Sham mahu merasai cahaya itu! Dan Sham mahu orang sekeliling Hisham turut merasai cahaya keimanan tersebut. Kegagalan yang Sham hadapi sekarang ini bukanlah kerana kesibukan Sham tapi adalah semata-mata kerana Allah mahu menguji Sham. Sebab semakin Allah sayangkan hambanya semakin Allah berikannya ujian. Jangan abah salahkan usrah hanya kerana Sham gagal!

    Mahu sahaja dilontarkan kata-kata itu kepada abahnya yang separa uzur. Dia mahu abahnya memahaminya walaupun sukar. Dan dia berazam untuk berbakti kepada abah tatkala dia pulang nanti. Dia mahu tunjukkan bahawa apa yang dia dapat di negara orang putih ini adalah perkara yang terbaik pernah berlaku pada dirinya.

    ‘Abang…’ Lamunannya terhenti selepas sahaja dia meletakkan gagang telefon.

    ‘Result abang dah dapat dah ini..’ Dia berlari-lari anak sambil membawa sampul putih ke arahku.

    Aku membuka sampul itu dengan penuh hati-hati dan perlahan-lahan..

    ‘Alhamdulillah….’ Sambil menoleh ke arah isteriku dengan senyuman penuh makna.

    Pantas jemariku mengambil telefon kelui di atas katil sambil menekan punat dial.

    ‘Assalamualaikum abah, Sham dapat Red Diplome!’

Dan di saat itu dia merasakan bahawa angin-angin sepoi bahasa di luar sana turut merasai keriangan hatinya…

Route To Moscow - Part II - Planning~!

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

    Untuk bahagian seterusnya mengenai perjalanan saya, saya tidak berhasrat untuk bercerita panjang lebar kerana kebanyakannya melibatkan persoalan peribadi diri saya. So...biarlah saya simpan dalam diri saya jelah ek? Heheh. Namun, terdapat beberapa perkara yang saya dapat simpulkan dan ambil sebagai satu titik tolak dalam diri saya sepanjang saya berada di Moscow. Berada di Moscow, walaupun singkat, membawa seribu erti kepada diri saya - menjadi mangkin satu anjakan paradigma dalam pemikiran saya.

Berada di Moscow juga membawa satu sudut dimensi yang baru ke dalam kotak minda saya. Baru kini saya betul2 dapat membezakan mana yang patut saya letakkan di prioriti utama. Teringat kata rakan2 seperjuangan SPM saya dahulu - Pentingkan Yang Lebih Penting Kerana Yang Lebih Penting Itu Lebih Penting Dari Yang Penting. Mungkin bunyinya agak mengelirukan sehingga mampu menyebabkan koklea tergeliat namun sekiranya dianalisis dengan lebih mendalam, didalami akan maksudnya, maka percayalah pernyataan sebegini mempunyai signifikasi yang besar dalam hidup kita.

Antara masalah yang saya lihat terdapat di kalangan rakan-rakan saya adalah ini. Kebanyakan orang-orang di sekeliling saya tidak tahu menilai prioriti utama dalam hidup mereka. Ada yang tersilap meletakkan apa yang sepatutnya terkemudian, di tempat atas. Ada yang sanggup mengorbankan waktu solat untuk menemani rakan2 ke Mega (husnul zon' : maybe diorg solat kat mega..) Ada yang sanggup menghabiskan ribuan ruble membeli kasut skating, tapi menginfakkan beberapa ruble sahaja di jalan Allah. Ada pula yang sanggup menghabiskan berjam2 membaca Al-Quran selepas subuh tetapi sesudahnya menghabiskan berjam2 di atas kamar tidur sehingga melewati waktu zuhur, asar, dan maghrib! Percayalah, sesungguhnya mereka ini dari golongan yang rugi!

==================================================================

Berbalik kepada tajuk utama post ini, temanya adalah - Planning - Perancangan. Berada di Moscow mengajar kepada saya mengenai limitasi dan batas kuasa manusia - sebagai perancang - jika dibandingkan dengan qudrat dan iradatNya yang Maha Kuasa. Benarlah orang kata, kita manusia hanya mampu merancang, namun sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang. Kita berusaha agar segalanya berlaku mengikut kehendak kita, mengikut perancangan kita, namun segalanya kembali kepada Allah Yang Kuasa. Saya saksikan sendiri bagaimana Allah mewujudkan satu keadaan yang membebaskan saya ketika saya tersepit di antara amanah dan kasih sayang. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan perihal hambaNya!

Kita mungkin berbangga dengan perancangan yang kita lakukan. Kita sudah ada matlamat, haluan dan ikhtiar. Tapi adakah menjadi kuasa kita untuk menentukan segala ikhtiar yang kita curahkan itu mengalir di haluan yang menuju ke arah matlamat kita? Seperti yang diungkapkan dalam Firman Allah 2:216 di atas, telah dinyatakan dengan jelas sesungguhnya Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui!

Saya ada mengenali beberapa sahabat saya yang Allah turunkan ujian ke atas mereka. Ada di antara sahabat saya yang cukup berpandangan jauh, namun Allah lebih jauh pandanganNya. Ujian yang Allah timpakan kepada mereka menjadi bukti yang Allah masih ingat kepada mereka! Saya juga pernah ditimpa ujian beberapa kali (antaranya diuji dengan russian gengster aritu..heheh), tapi jika dilihat dari sudut yang positif, sesungguhnya ujian itu tanda orang beriman! (Al-Ankabut, 2-3). Tapi berapa ramai di antara kita yang menerima ujian itu sebagai satu rahmat? Ada pula yang apa ditimpa musibah, terus berputus asa. Ada pula yang apabila melihat seseorang ditimpa musibah, terus terang mengatakan si polan itu menerima balasan Allah! Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui!

==============================================================

Untuk pengetahuan semua, saya telah berubah. Ya, berubah sedikit. Em...mungkin boleh dikatakan, 'berubah kembali'. Ya, kembali kepada fikrah. Kepada saya yang sepatutnya. Kepada Mohd Syamirulah Rahim, seperti dia sebagaimana yang kamu kenal ketika di MRSM dahulu. Sungguh, saya rindukan saat manis itu!

*Cuba hayati cerpen di atas ni. Ada kena mengena sikit dengan diri 'baru' saya ini. =)

UnGrateFul PeoPLe ~ tHey'Re juZ abOut anYwhEre, hUh?!

Sometimes i wonder. Hidup kat russia ni lebih kurang je cam kat malaysia, in terms of environment. Social environment.
And the social environment i'm mentioning about is not regarding to the russians, but dedicated specifically to malaysian living in russian territory. they're just the same, aint they? the same, typical malaysian. especially malaysian girls. (no offense).
benar kata hang tuah dulu - takkan melayu hilang di dunia.

aku agak tak sangka sebenarnya, jenis melayu tak reti menghargai ni boleh sampai ke russia ni. heheh. maybe mara tak ada program penapisan (filtering) mengenai kriteria ni agaknya. tapi itulah kenyataannya. melayu jenis tak menghargai, especially perempuan melayu, heheh...di mana-mana pun ada.

maybe sifat tak menghargai ni dah lama tersemai dan bercambah dalam diri mereka agaknya. tapi takpelah, aku cuba bersangka baik, maybe diorang tak tahu. tak tahu siapa sebenarnya yang berhempas pulas cuba memberi khidmat. maybe juga diorang salah anggap, kebaikan yang aku hulurkan ni. maybe jugak diorng just tak kisah.

dan itu membuatkan aku terfikir - macam ni jugak ke sifat diorang terhadap Maha Pencipta? adakah diorang pernah bersyukur terhadapNya? Sedangkan hendak berterima kasih sesama manusia pun tidak. Adakah diorang ingat akan kurniaanNya? Sedangkan jasa manusia terhadap mereka pun dilupakan begitu saja.

Aku bercakap ni atas pengalaman. Heheh. Ni adalah pengalaman aku, pengalaman aku yang mendatangkan aku kepada konklusi sebegini. So, tak tahu lah kalau ada yang agree dgn aku atau tidak. Konklusi yang cuba aku buat adalah - Manusia (spesifiknya melayu, spesifiknya perempuan melayu) tidak tahu berterima kasih! Heheh. Dan faktor2 yang menghampirkan aku kepada konklusi ini bukanlah berdasarkan satu atau dua sampel, tapi banyak.

Adalah sungguh tidak adil melabel sesuatu golongan hanya berdasarkan kepada satu sampel. Tapi bukankah logik sekiranya 9 daripada 10 sampel yang aku kaji itu menepati hipotesis yang aku buat, sekaligus mengesahkah hipotesis itu sebagai satu kesimpulan? Atau setidak-tidaknya 90%.

Aku bukannya suka menjadi pemimpin. Mungkin kerana zodiakku Leo, maka aku terdiri dari jenis orang-orang yg berbakat kepimpinan. Aku tak suka mengarah-arah orang, tapi aku suka tengok orang gembira dan selesa. Mungkin memang perangai si singa untuk take the lead, contohnya aku, suka menguruskan mengenai sesuatu urusan. Tambah-tambah aku ni jenis yang perfectionist, so once i had carried my responsibility, i will make sure it is done, all out! Adalah peristiwa baru-baru ini, i take the lead, the responsibility untuk menguruskan sesuatu bagi pihak sekumpulan perempuan ni. heheh. aku tak kisah bab-bab menolong orang ni, sbb aku memang suka tolong orang. Harus diingatkan, aku suka tolong orang yang tahu mengenang budi! Tapi maybe taqdir Allah kali ini, aku menolong bukan seorang, tapi sekumpulan manusia yang tak tahu berterima kasih. Heheh. This is a lesson for me, from Allah. Kalau nak tolong orang, make sure orang tu tahu mengenang budi. Kalau orang tu jenis yang tak reti menghargai, then tak payah tolong - buat sakit hati je. Biar jelah diorang tersadai tepi2 jalan tido dalam kesejukan -18 darjah celcius ni. Muahahaha~!

Tu satu contoh peristiwa. Ada satu lagi pengalaman aku kat Russia ni berhadapan dengan golongan sebegini. Well, honestly, aku rasa dia ni bukanlah dari golongan yang tak tahu berterima kasih. Bagus orangnya, taat ibubapa, rakan yang baik, suka menolong orang. Tapi aku rasa masalah yang dia ada ni adalah - dia tak tahu macamana nak react dengan orang yg suka menolong dia, which is - aku. Miahahaha. Ada sesetengah jenis orang, bila kita cuba menolong, maka pertolongan kita akan disalah anggap sebagai sesuatu yang lain. Aku pun tak faham mengapa sesetengah orang tu bereaksi sedemikian - maybe ada perasaan terhadap aku? (hoho..perasannya aku~!). So manusia-manusia sebegini, bila kita menghulurkan pertolongan, dia akan refuse. Tapi, yang peliknya, bila ada orang lain hulurkan pertolongan yang sama, dia akan terima pulak~! Kenapa apekah? Ntahlah, aku pun tak faham. Pada mulanya aku melabel golongan sebegini sebagai 'tak tahu menghargai pertolongan orang lain'. Tapi bila aku fikir2kan balik, hmm, i think there's a reason behind all these. Dan itu membuatkan aku terfikir - maybe dia tak tahu camne nak react dalam keadaan sebegini. Well, if that's the case, then i should tell you, bila aku menolong orang, aku tak mengharap orang tu tolong aku balik. A simple thanks would be enough. Aku ni bukannye jenis orang yang suka mengungkit budi. =)

Tu antara contoh pengalaman aku kat sini la. Kalau nak diikutkan, pengalaman aku kat malaysia lagi banyak. Hehe. So tak salah la kalau aku nak kata, ramai di antara kita tak reti berterima kasih? Sekarang mari kita cuba muhasabah diri. Berapa ramai orang yang tolong anda hari ini, yang anda ucapkan terima kasih? Berapa ramai orang yang mengambil berat akan diri kita, yang anda ucapkan terima kasih? Sekiranya dinisbahkan dengan setiap nafas kita sebagai anugerah dari Allah, berapa kali kita berterima kasih kepadaNya?

Fikir-fikirkanlah.


Usaha + Restu Ilahi = Kejayaan~!!

Pertama-tamanya, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan kudratNya, yang tidak putus-putus mengurniakan kejayaan kepada kita semua.

Syukur alhamdulillah, usaha aku sejak beberapa minggu lepas akhirnya berbaloi juga. Aku berjaya menempuh peperiksaan Kimia tadi dengan jayanya! Syukur! Dengan markah maksimum 5 (piat), sesungguhnya aku berasa cukup puas hati setelah bermacam-macam pengorbanan dan tekanan yang aku tanggung!

Walaupun ada yang mempertikaikan kejayaan 'kami' kerana guru pemeriksa adalah Irina Vladimirovna - guru kesayangan kami dan memandangkan kami juga murid 'kesayangan' beliau. Namun harus diingatkan, kejayaan itu takkan berhasil tanpa izinNya Yang Maha Kuasa. Dialah yang melembutkan hati guru pemeriksa. Dialah yang membuka pintu minda kita ketika menjawab peperiksaan. Dialah yang menenteramkan jiwa yang dilanda resah gelisah.

Pendek kata, tanpa izin Dia Yang Maha Kuasa, studylah sekuat mana pun. 'Kipas'lah sesejuk mana pun. Walau bersengkang mata hingga terbeliak, tangan mencoret sehingga tergeliat, selagi tiada keizinan dariNya maka mustahil untuk terjadi.

Sesungguhnya memang aku tak nafikan, hidup sebagai student medic adalah amat di luar jangkaan. Amat sibuk! Dengan cabaran yang tak henti-henti, assignment bertimbun2, test tiap2 minggu....benarkah orang kata student medic ni takde life? Well, aku rasa pernyataan tu salah. Medical students did have life. A hectic life. Hehe.

Walau seberat manapun dugaan yang menimpa, sekiranya dihadapi dengan usaha sendiri, disertai dengan restu dan berkat Ilahi, maka kejayaan yang bakal dikecapi adalah kejayaan yang paling indah! Percayalah!

Medical - Satu Penyesalan?

Salam sejahtera.

Benarlah orang kata, bidang perubatan adalah antara bidang pengajian yang paling susah di dunia ini. Serta paling serius. Baru satu semester aku berada di bidang ini - beban yg dirasakan maha berat sekali! Beginikah rupanya kehidupan seorang pelajar perubatan?

Pertama sekali, aku agak pasti ada yang tertanya-tanya mengenai tajuk post aku kali ini. Adakah aku menyesal menjadi seorang pelajar perubatan? Susah sangatkah bidang perubatan ni?

Hohoho..tidak sebenarnya. Aku tidak menyesal menjadi pelajar perubatan. Aku cuma menyesal kerana tidak bermula dari awal. Sepertimana yang korang semua boleh baca di post-post sebelum ini, aku masih bermalas-malasan di sini. Ketika rakan-rakan yang lain mula membuka langkah, mengatur strategi - aku masih berlengah - atas alasan 'menyesuaikan diri'. Nah kau, kid! Sekarang aku merasa bebannya sebagai seorang medical student.

Buat masa ini, satu sahaja punca segala tekanan dalam kepala otak aku - anatomi. Hoho. Subjek asas dalam bidang perubatan. Belajar anatomi tidak susah, sekiranya kena pada caranya. Dan atas sikap bermalas-malasan aku serta habit suka bertangguh membuatkan aku sendiri menjadikan anatomi itu susah. Dalam post sebelum ini, aku ada menerangkan yang penilaian untuk subjek anatomi ini terbahagi kepada 3 bahagian - preparat (praktikal), bertulis, serta berkomputer. Kombinasi ketiga-tiga perkara inilah yg menyumbat-nyumbat foramen rotundumku di dalam kepala ini, menekan-nekan hypglossal fossa. Hehe.

Untuk pengetahuan, minggu hadapan aku akan menghadapi peperiksaan terakhir untuk semester satu tahun pertama - General Chemistry. Dijadualkan pada 25 Januari. Dan, untuk menduduki peperiksaan tersebut, aku perlu mendapatkan pengesahan dari dekanat bahawa aku telah lulus semua 7 subjek dalam pengajian semester pertamaku. Dan untuk lulus kesemua 7 subjek pula, setiap subjek ada teknik penilaiannya sendiri.
Kini, aku telah lulus semua subjek - atau dalam ertikata khususnya, mendapat zachot. Kecuali - anatomi. Kerana penilaiannya yg begitu complicated.

Penilaian subjek anatomi untuk mendapat zachot - mesti lulus semua praktikal, written dan computer test untuk topik - trunk and abdomen, head and neck, upper limb dan lower limb. Dan status aku sekarang ni, aku telah lulus kesemua test untuk topik trunk and abdomen, written dan computer untuk head and neck, praktikal dan computer untuk lower limb, serta praktikal untuk upper limb.

Jadi inilah masalahnya - satu praktikal test untuk topic head and neck, 2 written test untuk topic limbs, serta computer test untuk head n neck dan upper limb. Dan semuanya perlu diselesaikan dalam minggu ini - sedangkan hari ini sudah hari khamis. Bagaimana?

Argh~!! Korang bayangkanlah! Untuk malam ini sahaja aku terpaksa study untuk ketiga-tiga topic tersebut! Huhu..inilah penangan medic student..

Justeru kepada sesiapa di luar sana - junior-junior aku, bakal junior aku, rakan-rakan aku, adik-adik aku - sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor, adalah tidak cukup sekadar anda ingin. Juga adalah tidak cukup sekiranya anda sekadar berusaha. Apa yang penting di sini adalah anda MAMPU.

Ada yang berminat untuk menjadi doktor. Ada yang minat dan berusaha untuk menjadi doktor. Ada yang minat giler-giler, berusaha giler-giler, tapi tak juga jadi doktor. Kenapa? Kerana tidak mampu.

Kemampuan yang ingin saya gambarkan disini adalah global - sama ada kemampuan dari segi rohani, jasmani, emosi, fizikal, mental, iman - semuanya perlu diambilkira sekiranya anda ingin menjadi pelajar perubatan.

As for me, terus terang aku cakap, aku bermula dari kosong. Ketika aku tiada apa-apa perasaan terhadap bidang perubatan. Ketika aku tak berminat langsung! Minat aku terhadap perubatan hanya bercambah ketika permohonan aku diterima (ketika permohonan saya diterima - bukannya ketika aku mengisi borang permohonan!). Tapi, macam yang aku katakan tadi, minat sahaja adalah tidak mencukupi. So, aku kena berusaha.

Apakah usaha aku? Aku berusaha untuk meminati bidang perubatan ni. Aku berusaha untuk terus kekal dalam bidang ini, sehingga tamat pengajian.

So, persoalannya sekarang - mampu. Mampukah aku? Orang kata, hanya yang empunya diri yg lebih mengerti akan kemampuan diri sendiri. Adakah aku mampu menempuh cabaran-cabaran lain di bidang perubatan ini, sedangkan pada semester pertama lagi aku sudah tercabar~? Kalau ikutkan fikiran aku yang melulu ni, aku rasa kemampuan aku dah sampai limit pada semester pertama ni. Sedangkan para senior sendiri memberi pendapat bahawa semester pertama tahun pertama adalah paling senang!

Namun, menurut senior-senior juga, semester kedua tahun kedua adalah yang paling susah dalam bidang pengajian perubatan di sini. Memikirkan sedemikian, aku menjadi gusar - mampukah aku menanggung tekanan yang lagi hebat dari tekanan maha dahsyat yg aku sedia alami ini? Wallahualam.

Aku menjadi takut - apakah yg akan terjadi kepada diri aku tatkala menghadapi tekanan tersebut.

Maka, aku perlu buat keputusan di sini. Dan keputusan aku adalah - aku tak akan mengalah selagi belum tiba cabaran terbesar tersebut. Kita tak akan mengetahui kemampuan diri selagi kita tidak mengujinya. Dan cabaran kali ini hanyalah ujian yang mudah - rintangan pertama - semester pertama medical students. Dan sekiranya aku kecundang di rintangan pertama ini, alangkah lemahnya aku!

(Lemah di kalangan mereka yang cukup kuat - kalian sendiri tahu di mana letaknya diri kalian bukan?)

Esok - aku akan cuba selesaikan kesemua cabaran tersebut. Anatomi - huh, mengeluh saja tidak cukup untuk mengatasi cabaran ini. Namun adalah lebih bagus dari mengalah lebih awal.

Aku mengakui aku tersilap langkah ketika memilih ke bidang ini. Tapi aku tidak menyesal. Mengapa? Kerana hanya dalam bidang inilah aku dapat mengetahui sejauh mana kemampuan aku. Sekiranya aku berjaya menempuh cabaran ini, maka insyaAllah, cabaran-cabaran lain akan lebih mudah bagi aku! Allahu Akbar!

Life's To-Do-List

Ok, semua orng mesti ada objektif dalam hidup. Aku pun ada gak~ Well, i rather not call it as my objectives, aku lebih suka menganggap perkara2 ni sebagai satu garis panduan ke arah hidup aku di masa hadapan~ Pendek kata, aku akan berusaha agar perkara-perkara yang aku listkan ni akan tercapai~!!!

                                 

=====================================================================================

Life's To-Do-List
                  
1. Memorize Quran

Narrated Abdullah Amr, Rasulullah s.a.w said:
"One who was devoted to the Qur'an will be told to recite, ascend and recite carefully as he recited carefully when he was in the world, for he will reach his abode when he comes to the last verse he recites." -Dawud 8:1459

2. Memorize Hadith Arba'in.

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghafal atas umatku empat puluh hadis daripada (hadis yang) berkenaan dengan agama mereka, nescaya Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam golongan para fuqaha’ dan ‘ulama.”

3. Perform Hajj
4. Visit Rasulullah

  Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yg menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup. (Hr Ad-Dar Qutni)
Sesiapa yg menziarahi kuburku maka dia wajib mendapat syafaatku. (HR Dar Qutni)

5. Visit Masjidil Aqsa & Perform Solah there

Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga tempat : Masjid al-Haram, MAsjidku ini (MAsjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa? Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

Berdasarkan hadith : Sabda Rasulullah S.A.W : "Solat di masjidil Haram bersamaan 100,000 solat, bersolat di masjidku bersamaan dengan 1000 solat, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 solat".

HR Tabrani

6. Produce a book/novel
7. Produce a software/system Done~ eMAS for Isef, n also Database Batch 05~!
8. Get a "Dr." title
9. Get an "Ir." title
10. Visit Paris / Europe Moscow is in europe~!!
11. Learn Japanese @ Foreign Language am learning russian~!
12. Save someone's life
13. Marry a woman who loves Allah, not me
14. Convert somebody to Muslim
 

Resume

CURRICULUM VITAE

 

MOHD SYAMIRULAH BIN RAHIM

Room 218, Hostel 3, House 5, Medicine Street, 603104, Nizhny Novgorod, Nizhegorodsky Oblast, Russian Federation

+79200348168 // +60194089562

Sham5075@gmail.com // http://leokid.blogs.friendster.com

EDUCATION

 

· Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Permai, Pulau Pinang  (1995-1997)

· Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Kelantan   (1997-1999)

· Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek, Terengganu   (1999-2000)

o Ujian Penilaian Sekolah Rendah, 5A

· SMK Bandar Kuala Terengganu, Terengganu    (2001)

· Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim, Kedah   (2001-2005)

o Penilaian Menengah Rendah, 8A

o Sijil Pelajaran Malaysia, 10 1A

· International Education Center    (2006)

o Program Persediaan Perubatan Russia

- Nizhny Novgorod   State Medical University, Russian Federation

o Medical Degree

 

AWARDS

 

· Anugerah Pelajar Cemerlang 2000

· Pelajar Terbaik Keseluruhan 2005

· Johan Tunas Saintis Sains Komputer MRSM SeMalaysia 2005

· Ketiga, Pertandingan Catur Terbuka Individu Peringkat Daerah Kulim dan Bandar Baharu 2003

· Kedua, Pertandingan Catur Terbuka Berkumpulan INTEC UiTM 2006

 

JOBS AND TITLES

 

· Badan Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran (2002-2003)

· Naib Presiden, English Language Society of MRSM PDRM 2003

-   Editorial Majalah Maktab  "IMEJ" 2003

· Biro Kebudayaan, Badan Wakil Pelajar (2005-2006)

· Presiden, Kelab Catur MRSM PDRM 2005

· Setiausaha, Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung MRSM PDRM 2005

· Web Administrator, www.mrsmpdrm.com (2005 - now)

· Web Administrator, www.imamrsc.com (2006-now)

· Biro Penerbitan dan Informasi, Persatuan Perubatan Islam Malaysia Russia Students Chapter (2006-now)

 

EXPERIENCES

 

· Elocution, Minggu Bahasa M